• RAMADAN RETREAT | Healing @ Qowiy Village TEKAN SINI
icon-search
icon-search

Tiada bath tub macam mana?

Seronokkan tengok orang lain mandi guna bath bomb, berendam air bath salt dalam bath tub tapi di rumah tak ada bath tub. Macam mana? 🤷‍♀️ Kebanyakan rum di Malaysia tidak mempunyai bath tub tapi jangan risau tak ada bath tub pun anda still boleh mandi dengan produk Qowiy tau. Bagi yang tak ada bath tub dirumah tapi masih mahu mandi dengan penuh khasiat dan fancy, anda boleh cuba cara ini. Cara yang mana semua orang di Malaysia pun boleh menikmati dan merasai luxury experience dengan produk Qowiy.


1. Mandi Shower (Scrub badan)

Siapa kata bath bomb hanya untuk mandian. Anda boleh menggunakan produk Qowiy sebagai scrub badan. Dengan cara ini boleh membantu anda untuk membuang sel kulit mati pada tubuh anda. Caranya dengan meratakan air keseluruh badan, apabila badan telah basah sepenuhnya, gunakan Bath Crumb atau Bath bomb sebagai scrub dengan perlahan. Tekupkan bath crumb dengan tapak tangan ke badan sehingga crumbs larut pada air. Tapi untuk scrub kami sarankan anda untuk menggunakan bath bomb Mini Chamomile / crumbs chamomile lebih sesuai kerana saiznya yang kecil sesuai untuk dijadikan scrub. Namun begitu, sekiranya anda menggunakan bathbomb saiz besar atau medium, pecahkan bathbomb terlebih dahulu dengan peralatan yang kering dan gunakan bahagian kecil sahaja. Saiz yang kecil sahaja sudah cukup untuk scrub 1 badan.

Chamomile.png


2. Rendaman kaki

Bagi yang tak ada bath tub di rumah, anda juga boleh menggunakan bekas air seperti baldi atau besen untuk rendaman kaki. Anda hanya perlu taburkan saja bath crumb atau bath salt ke dalam air yang hangat atau sejuk. Kacaukan air sehingga bath crumb atau bath salt larut sepenuhnya dan ia sedia untuk rendaman kaki. Jadi bagi anda yang sedang work from home sekarang boleh la cuba kaedah ini. Sambil-sambil anda buat kerja dengan computer di meja kerja anda, anda boleh letakkan baldi di bawah meja untuk rendaman kaki. Yang pasti anda akan berasa relax dan nyaman sahaja semasa membuat kerja. 

Foot-soak.jpg

3. Mandi Jirus

Selain boleh buat sebagai rendaman kaki dan scrub badan, anda juga boleh menggunakan bath bomb atau bath crumb secara mandi jirus. Mandi secara siraman atar jirus tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Tekniknya sama seperti menggunakan bath tub. Anda hanya perlu menadah air di dalam bekas mandian seperti baldi, kolah, besen, atau pun pool mandi foldable yang boleh tiup tu. Campakkan bathbomb atau bath crumbs dalam air tadi dan tinggi sehingga ia larut. Anda juga boleh menggunakan gayung untuk kacau air sehingga bath bomb dan bath crumb larut sepenuhnya. Bagi mendapatkan buih yang banyak anda hanya perlu menjatuhkan air menggunakan gayung ke dalam bekas yang berisi air mandian sepeti teknik membuat teh tarik. Setelah selesai anda boleh mandi dengan gayung atau buat siraman ke tubuh sepeti basa.

5141650.png

4. Buat sebagai basahan handuk

Jika anda selalu ke spa kecantikan atau urutan, pasti anda sudah biasa dengan kaedah basahan handuk. Keadah yang mana tukung urut meletakkan tuala panas ke atas badan anda. Anda hanya perlu menyediakan sebaldi air hangat. Campakkan bath bomb atau bath crumbs ke dalamnya. Masukkan tuala bersih dalam baldi, perah tuala sehingga air tidak menitik dan tekapkan pada bahagian badan yang diingini. Best jika letakkan di bahagian belakang badan dalam keadaan meniarap. Feeling ala-ala spa gittew. 

handuk.jpg



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping