• Agent diperlukan di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Ipoh, Langkawi, Fraser Hill / Bukit Tinggi, Seremban / Port Dickson, Kuching, Miri, Kota Kinabalu. Info lanjut
  • Nak jadi Dropship Qowiy Daftar sekarang
icon-search
icon-search

Adakah Shampoo dan Sabun Hotel Selamat Digunakan?

Ketika bercuti di hotel, pasti anda akan dapat sabun mandian, syampu, perapi rambut dan barangan mandian lain yang disediakan oleh pihak hotel. Packaging menarik dan bau yang wangi sudah tentunya menarik minat anda untuk cuba. Ada yang teruja sehingga menuang sabun dan syampu mandian ke dalam bathtub hotel untuk dapatkan buih yang berkepuk-kepuk tapi selalunya tak menjadi pun. Akhirnya teruskan berendam, namun adakah ia selamat digunakan?


Kebanyakan hotel tidak menggunakan bahan organik dalam menghasilkan barangan mandian. Ada yang melakukan pengeluaran barangan mandian secara besar-besaran (mass production) menggunakan bahan yang lebih murah dan berkualiti rendah untuk kos yang lebih murah. Kesannya, barangan mandian yang terhasil dipenuhi dengan Paraben dan bahan kimia sintetik yang merbahaya. 


Pembaziran Barangan Mandian Hotel

Apa yang akan terjadi pada barangan mandian hotel setelah anda check out? Biasanya barangan mandian hotel yang telah digunakan dan ditinggalkan akan dibuang oleh kebanyakan hotel yang seterusnya dibawa ke tapak pelupusan sampah. Hal ini telah membawa kepada pembaziran besar yang dilakukan oleh banyak hotel. Pastinya keadaan ini amat merisaukan dan memerlukan penyelesaian segera bagi mengawal pembaziran daripada berterusan. Bukan itu sahaja, sesetengah hotel turut mengambil langkah penjimatan dengan menggunakan semula barangan mandian yang tidak digunakan. Persoalannya, adakah kebersihan barangan mandian ini terjamin? 

city dump


Kesan Pada Kulit

Merengsakan kulit. Bahan kimia sintetik yang terkandung dalam barangan mandian hotel boleh membuatkan anda yang menghidap iritasi kulit menjadi lebih teruk. Hal ini kerana penggunaan bahan kimia sintetik dalam produk kosmetik dan mandian boleh merengsakan kulit, membawa kepada kemerahan dan juga gatal-gatal. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan jerawat dan mengeringkan kulit andaFormulasi bahan kimia sintetik berpotensi menanggalkan minyak semulajadi dari kulit anda dan seterusnya mengakibatkan kulit kering.


Bagi anda yang mengalami kulit bermasalah, semak semula bahan-bahan pada barangan mandian hotel sebelum menggunakannya. Pastinya anda tidak mahu pulang dari bercuti dengan kulit yang bermasalah kan? 


Hati-hati Dengan Bahan Ini

Sulfate pada asasnya adalah bahan pencuci di mana ia boleh membuatkan kulit dan juga rambut anda menjadi kering terutama sekali jika kandungannya tinggi. Manakala Paraben pula adalah bahan pengawet kimia yang digunakan dalam produk kosmetik dan mandian yang boleh merengsakan kulit, mengeringkan kulit dan berpotensi membawa kepada masalah kesihatan. SLS lazimnya ditambah pada banyak produk kesihatan untuk menghasilkan buih dan juga sebagai agen pembersih. Misalnya, krim pencukur, pencuci tangan, pencuci muka dan ubat gigi menghasilkan buih daripada SLS.


Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami dermatitis, elak dari menggunakan produk kesihatan yang mengandungi SLS dan Paraben.


Qowiy memandang serius isu berkaitan bahan yang selamat untuk mandian dan pembaziran yang sedang berleluasa. Sehubungan dengan itu, Qowiy telah mengformulasikan Bubble Potion yang dihasilkan dalam bentuk cecair pekat yang wangi. Ia dirumuskan bersama bahan-bahan berkhasiat dan selamat bagi menghasilkan buih yang banyak serta memberi kesan kilauan yang pasti menarik perhatian anda. 


Bubble Potion Qowiy

Selalu nampak dekat TV orang mandi buih banyak kan? Tapi bila cuba sendiri tak menjadi pun. Terus rasa tak ada mood, betul tak? Jangan risau, Qowiy ada penyelesaiannya!


Qowiy menawarkan anda 5 haruman Bubble Potion yang terdiri daripada Fruit Punch, Candy Rose, Breezy Blue, Magical Green dan Golden Mely.

Bubble Potion Qowiy dirumus khas untuk anda yang inginkan percutian yang menyeronokkan atau pun sekadar bersantai di rumah. Apa yang menariknya, Bubble Potion Qowiy bebas dari Paraben dan SLS serta tidak memedihkan mata anda dan juga sesuai digunakan oleh dewasa dan kanak-kanak. Pasti si kecil ceria untuk mandi sambil bermain buih yang banyak di samping bau yang wangi.


Macam Mana Nak Bagi Buih Banyak?

Dah cuba Bubble Potion Qowiy tapi tak banyak buih pun? Ini maknanya anda tak ikut step yang Qowiy tetapkan dengan betul. Jom Qowiy ajarkan step yang anda perlu ikut!

  1. Tuang sedikit Bubble Potion (3-4 penutup botol) ke dalam tab mandian yang kosong di bawah paip. 
  2. Isi air ke dalam tab mandian dan pastikan air mengalir tepat ke arah Bubble Potion.
  3. Kacau air dengan menggerakkan tangan ke kiri dan kanan bagi menghasilkan buih yang banyak.

Mudahkan? Hanya ada 3 step mudah yang perlu anda ikut untuk berendam dalam buih yang banyak bersama Bubble Potion Qowiy. Kini anda tak perlu lagi risau sekiranya tak dapat manfaatkan bathtub di hotel dengan baik. Bawa sahaja Bubble Potion Qowiy mengikut citarasa anda dan boleh jadikan aktiviti mandi bersama anak-anak. Bukan sahaja harganya berpatutan, malah Bubble Potion Qowiy juga selamat digunakan untuk setiap lapisan umur yang diformulasikan dari bahan-bahan yang mampu memberi khasiat pada badan. 


Apa yang penting, anda boleh gunakan Bubble Potion Qowiy berulang kali mengikut kadar penggunaan dan seterusnya mengelakkan dari penggunaan barangan mandian yang tidak selamat. 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping