• RAMADAN RETREAT | Healing @ Qowiy Village TEKAN SINI
icon-search
icon-search

Apa Itu Bath Bomb?

Trend mandi bersama bath bomb masih lagi asing di Malaysia. Hal ini kerana, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengetahui tentang kewujudan bath bomb dan juga fungsinya. Trend mandi menggunakan bath bomb sangat terkenal di luar negara terutamanya dalam kalangan para traveler. Namun apa itu bath bomb?

Bath bomb adalah merupakan campuran beberapa bahan dan dipadatkan menjadi 1 bebola berwarna yang mempunyai elemen fizzy, floating & berbau wangi. Apabila dicampakkan ke dalam air, bebola ini akan berpusing dan akan menukarkan warna air kepada air mandian yang berwarna yang bagus dan selamat untuk kulit. Selain itu, bath bomb ini juga akan mengeluarkan aroma yang wangi, segar serta menenangkan penggunanya. Bagi yang gemar mengikuti trend dan memuatnaik gambar di media sosial, moment ni merupakan moment yang terbaik untuk anda rakam dan muat naik di media sosial anda. 

Bath bomb dikategorikan sebagai aksesori mandian yang sering digunakan di spa sebagai salah satu bahan rendaman yang selamat dan menenangkan. Kebiasaannya bath bomb digunakan untuk rendaman seluruh badan bertujuan untuk melegakan sakit badan dan meberikan ketenangan. Di Malaysia, penggunaan bath bomb masih lagi belum meluas dan masih ramai daripada rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kelebihan mandi bersama bath bomb. 

Dari segi pembuatan bath bomb ini mestilah menggunakan bahan-bahan yang bersih dan selamat untuk kulit bagi mengelakkan sebarang iritasi atau alergi. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bath bomb terdiri daripada bahan-bahan semula jadi yang bebas bahan kimia seperti SLS dan paraben. Justeru, ia selamat dan sesuai untuk digunakan samada untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Namun begitu, bath bomb sangat sensitif dengan perubahan haba dan cuaca, jadi pembuatan bath bomb di Malaysia memerlukan penelitian yang sangat teliti dan perlu bersesuaian dengan perubahan iklim di Malaysia.

Bath bomb mempunyai banyak manfaatnya kepada tubuh badan dan juga mental terutamanya kepada kulit. Bahan-bahan yang digunakan seperti essential oil, soda dan epsom salt dapat melembutkan dan melembabkan kulit. Di Malaysia penggunaan essential oil digunakan secara secara meluas kerana secara umumnya ramai yang telah mengetahui tentang kelebihan essential oil. Namun begitu, bahan-bahan lain yang terkandung dalam bath bomb juga mempunyai fungsinya yang tersendiri yang juga bagus & selamat untuk kulit. Bath bomb berfungsi dapat membantu untuk menghilangkan stress, mengurangkan iritasi pada kulit, melegakan sakit badan dan juga menyegarkan. 

Bath bomb biasanya digunakan dengan mencampakkannya ke dalam bath tub yang diisi dengan air suam dan merendamkan seluruh badan ke dalam bath tub, dengan cara ini dapat memberikan efek relax pada tubuh badan dan salah satu cara untuk melepaskan stress dan bersantai. Namun begitu, tidak semua kediaman di Malaysia mempunyai bath tub, malah bath bomb juga boleh digunakan untuk untuk rendaman kaki ataupun secara jirusan dengan menggunakan gayung. Dengan cara ini, semua rakyat Malaysia boleh menikmati saat bersantai atau "me-time" dengan tenang dan selamat.



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping