• RAMADAN RETREAT | Healing @ Qowiy Village TEKAN SINI
icon-search
icon-search

10 Hotel Murah dengan Bathtub - Bawah RM200!

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita sekitar Mac 2020, banyak kegiatan sosial yang terhenti termasuklah aktiviti bercuti. Kini setelah semua sekatan dimansuhkan, pasti ramai yang tak sabar mahu lepaskan hajat bercuti untuk membebaskan diri dari tekanan yang sudah lama dipendam.


Di sini Qowiy senaraikan 10 hotel murah di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain yang disertakan dengan bathtub untuk anda bercuti sendirian mahupun bersama keluarga. 


1. Lexus Service Suite, Bukit Bintang

(RM189-RM199)

Lexus Service Suite yang terletak di Berjaya Times Square Hotel, Bukit Bintang merupakan pilihan yang sesuai untuk anda yang ingin bercuti bersama rakan sambil menerokai bandaraya Kuala Lumpur. Selain dari bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, anda juga dapat bersantai di kolam renang terbuka yang disediakan, memanjakan diri di sauna dan spa serta berekreasi di padang golf dan gelanggang skuasy. Apa yang penting, anda boleh dapatkan produk Qowiy untuk berendam dalam bathtub kerana kiosk Qowiy terletak di level LG berhadapan Hero Market & Street Churros.


Bagi anda yang ingin menggunakan pengangkutan awam, anda hanya perlu berjalan 70m sahaja dari hotel ke Stesen Monorel Imbi. Antara tarikan utama di Kuala Lumpur yang dapat anda terokai adalah;

  1. Jalan Alor (530m)
  2. Pavilion Kuala Lumpur (850m)
  3. Menara Kuala Lumpur (1.4km)
  4. China Town (1.4km)
  5. Central Market/Pasar Seni (1.6km)
  6. Petronas Twin Towers (1.8km)

Penginapan di Deluxe King Studio menawarkan anda bilik yang dilengkapi dengan bathtub dan kemudahan dapur. Anda hanya perlu membayar RM199 untuk penginapan 2 orang dan RM189 sekiranya anda bercuti secara solo. 


Room big enough, clean, tidy and comfortable.”


Near to everything.”


2. Heritage Mines Seri Kembangan by IdealHub

(RM150)

Kadang badan terasa lesu dan tidak bertenaga kerana beban kerja yang berterusan. Sudah tentunya anda mengidamkan masa untuk merehatkan badan dan fikiran. Apa yang anda perlukan adalah masa rehat di suasana baru yang tidak mengingatkan anda pada tekanan kerja. Anda boleh beristirehat di Heritage Mines Seri Kembangan bersama rakan untuk weekend getaway yang menyediakan parking percuma. Selain daripada menawarkan kolam renang terbuka untuk bersantai, ia juga terletak berhampiran tarikan seperti di bawah;

  1. The Mines Shopping Mall (290m)
  2. Mines Wonderland (400m)
  3. Mines Golf Club (670m)
  4. Mines Lake (1.2km)

Dengan harga RM150, anda boleh menginap di Studio Apartment yang dilengkapi dengan bathtub, kemudahan dapur dan kelengkapan lain yang membuatkan anda berasa seperti berada di rumah sendiri.


The room have a bathtub.


Good view.

3. Lavender Inn USJ

(RM170)

Adakah anda ingin bercuti bersama keluarga di sekitar Subang Jaya dan memerlukan penginapan yang terbaik? Lavender Inn USJ yang terletak di Jalan Usj Sentral, Subang Jaya merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang mungkin memenuhi ciri-ciri hotel yang anda mahukan. Lokasinya terletak 150m sahaja dari Stesen LRT USJ7 bagi anda yang ingin menggunakan pengangkutan awam. Selain dari tarikan pusat bandar yang terletak 20km dari hotel, ini adalah antara kemudahan terdekat yang dapat anda kunjungi;

  1. Summit USJ (450m)
  2. Fresh Boulevard (460m)

Family Room with Hot Tub ini boleh didapati dengan harga serendah RM170 sahaja yang boleh memuatkan 3 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Seorang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dapat menginap secara percuma. Bukan sahaja dilengkapi dengan hot tub, malah anda juga bakal disambut dengan aroma Lavender apabila melangkah masuk ke penginapan ini yang pastinya dapat menenangkan fikiran anda sebelum memulakan percutian. 


Antara testimoni tetamu yang menginap di bilik yang dilengkapi dengan jacuzzi. Rata-ratanya berpuas hati dengan lokasi strategik hotel, bilik yang bersih dan selesa serta jacuzzi besar yang ditawarkan.

4. Crown Regency Serviced Suites

(RM143-RM189)

Crown Regency Serviced Suites yang terletak di Jalan P.Ramlee, KLCC, ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan berhampiran dengan pengangkutan awam iaitu KL Hop On Hop Off City Tour. Anda akan dibawa mengelilingi 15 tarikan di sekitar Kuala Lumpur selain dapat berhenti untuk mengambil gambar di beberapa tarikan ikonik. Krew yang bertugas akan memberi ulasan secara langsung sepanjang perjalanan anda. Apa yang menarik adalah anda boleh duduk di open deck views yang memberikan anda pengalaman ala-ala tourist dan pengangkutan ini juga disabled-friendly. Anda hanya perlu membayar RM30 sahaja untuk bersiar-siar selama 2 jam.

Bukan itu sahaja, di Crown Regency Serviced Suites, anda dapat bersantai di ruangan kolam renang tertutup yang disediakan sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur. Antara tarikan berhampiran yang dapat anda lawati adalah;

  1. Petronas Twin Towers (510m)
  2. KL Tower (570m)
  3. KLCC Park (690m)
  4. Pavilion Kuala Lumpur (850m)
  5. Central Market/Pasar Seni (1.8km)

Anda boleh dapatkan penginapan di Premier Suite dengan harga RM143 sahaja bagi tempahan di laman web Agoda. Bilik yang dilengkapi dengan bathtub dan disajikan dengan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur ini boleh memuatkan 2 orang dewasa. Manakala bagi anda yang bercuti bersama keluarga, anda boleh menempah One-Bedroom Apartment (Regent Suite) yang turut dilengkapi dengan bathtub dan kemudahan dapur. 2 orang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dapat menginap secara percuma.


Antara testimoni pelanggan yang gembira dengan lokasi strategik yang menghubungkan tarikan utama, penginapan yang bersih dan selesa serta layanan terbaik dari staff.


5. Arte Mont Kiara Homestay 

(RM159-RM196)

Semasa memilih penginapan untuk bercuti atau staycation, pastinya anda mahukan lokasi strategik yang mudah untuk dihubungi dengan tarikan utama sekaligus menjimatkan kos pengangkutan.


Arte Mont Kiara Homestay yang terletak di Sri Hartamas, Mont Kiara, Kuala Lumpur merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang sukakan ootd berlatarbelakangkan penginapan yang mewah dan klasik. Muzium Bank Negara dan Balai Seni Negara terletak 3.5km sahaja dari penginapan bagi anda yang meminati seni dan warisan. Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar di Taman Botani Perdana (4.2km) iaitu taman rekreasi terbesar Kuala Lumpur bersama rakan-rakan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati tarikan berhampiran seperti di bawah;

  1. Kitch ‘N’ Art Gallery (540m)
  2. My Little French House (1.5km)
  3. China Town (5.1km)
  4. Jalan Alor (5.8km)
  5. Pavilion Kuala Lumpur (6.1km)

Bermula harga dari RM176 - RM196, anda dapat menginap di One-Bedroom Apartment bersama rakan yang dilengkapi dengan bathtub dan kemudahan dapur kecil. Dengan adanya kemudahan dapur kecil ini, anda dapat menjimatkan kos makanan sekiranya anda ingin memasak. Namun jika anda ingin bercuti secara solo, anda hanya perlu membayar RM159 sahaja.



6. Ipoh Concept Services

(RM117)

Ketibaan anda di Ipoh Concept Services yang terletak di Jalan Husein, Kampung Kuchai, bakal disambut dengan ruangan hitam metalik yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menerokai penginapannya. Sebelum keluar menjelajahi bandar Ipoh, anda dapat bersantai dahulu di kolam renang yang disediakan sambil menikmati kehijauan bandar Ipoh. Bagi anda yang ingin berhibur dan membeli belah, anda boleh kunjungi Ipoh Parade Shopping Centre yang terletak 920m dari hotel. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu risau sekiranya kekurangan tunai kerana mesin atm ada disediakan berhampiran hotel. 

Berikut adalah antara tarikan yang boleh anda lawati;

  1. Ho Yan Hor Museum (990m)
  2. Concubine Lane (1.1km)
  3. Art of OLDTOWN (1.2km)
  4. Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens (4.4km)

Penginapan di bilik Premier menyediakan anda dengan bathtub dan pemandangan bandar Ipoh, di mana anda hanya perlu membayar RM117 sahaja untuk satu malam. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Namun begitu, seorang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dapat menginap secara percuma.


Antara testimoni tetamu yang berpuas hati dengan kebersihan, keselesaan dan lokasi strategik hotel. 


7. Berjaya Penang Hotel

(RM126)

Selain dari mensasarkan Pulau Pinang untuk food hunting, para pengunjung juga lazimnya akan melawat tarikan ikonik seperti Bukit Bendera untuk menikmati pemandangan Pulau Pinang yang memukau dari kawasan tanah tinggi. Selain itu, bagi mereka yang menggemari aktiviti atau tarikan yang dekat dengan alam semulajadi, pastinya Taman Negara Pulau Pinang, Taman Botani Penang dan Escape Theme Park Penang menjadi pillihan. 


Berjaya Penang Hotel yang bertempat di 1 stop Midlands Park, Jalan Burmah, Georgetown, merupakan penginapan yang terletak 2.33km sahaja dari pusat bandar. Apa yang menariknya adalah anda tidak perlu risau sekiranya ingin mencari tempat makan kerana Berjaya Penang Hotel menawarkan 5 restoren yang terdiri daripada makanan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, anda juga dapat bersantai di kolam renang yang dikelilingi dengan bukit-bukau yang pasti menenangkan anda. Sekiranya anda bercuti tanpa kenderaan, perkhidmatan penyewaan kereta turut disediakan. 

Berikut merupakan antara tarikan berhampiran yang dapat anda kunjungi;

  1. Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion (3.4km)
  2. Armenian Street (3.8km)
  3. Khoo Kongsi (3.9km)
  4. Pinang Peranakan Mansion (4.1km)
  5. Kek Lok Si Temple (5.3km)
  6. Batu Ferringhi Beach (8.1km)

Penginapan di Superior Room yang berharga RM126 dilengkapi dengan bathtub dan juga pemandangan bandar Georgetown. Bilik ini mampu memuatkan 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Seorang kanak-kanak di bawah umur 11 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj penginapan. 


Antara feedback tetamu yang berpuas hati dengan lokasi strategik hotel, penginapan yang selesa dan kolam renang yang disediakan. 


8. Tisha Langkawi Wellness Resort

(RM145-RM169)

Ada pelbagai cara untuk legakan stres dan pulihkan semangat, antaranya adalah bercuti! Bagi anda yang tinggal di bandar yang sibuk disertakan pula dengan pencemaran udara dan bunyi, pasti anda mengidamkan percutian di suatu tempat yang jauh dari semua itu. Tisha Langkawi Wellness Resort yang bertempat di Lorong Hj Ismail, Mukim Kedawang, mungkin dapat menepati citarasa anda. Lokasinya yang terletak di kawasan kampung yang dipenuhi dengan kehijauan sudah tentu dapat memberikan ketenangan yang dicari. Selain dapat bersantai di kolam renang yang disediakan, anda juga boleh menyewa basikal sambil menikmati keindahan dan ketenangan di kawasan sekitar. Apa yang penting, Pantai Cenang terletak 3 minit sahaja dari penginapan sekiranya anda menaiki kereta. 

Antara tarikan yang dapat anda terokai adalah;

  1. Langkawi Oriental Village (250m)
  2. Rice Museum (600m)
  3. Cenang Beach (760m)
  4. Underwater World (1.1km)
  5. Telaga Tujuh Waterfalls (10.3km)
  6. Langkawi Sky Bridge (11.8km)

Dilengkapi dengan bathtub, pemandangan taman dan beranda, anda dapat menginap di Superior Suites bermula harga RM145RM169 sahaja. Penginapan ini dapat memuatkan 3 orang dewasa serta menyediakan sarapan pagi percuma sebanyak 3 kali. Ruangan mandinya yang besar sudah tentu dapat menaikkan mood anda untuk menenangkan diri dalam bathtub dengan reka bentuk dalaman yang menarik. 


Ruzmassyawalia yang menginap pada bulan November 2021 menyatakan kegembiraannya dengan sarapan enak yang disediakan seperti nasi lemak, kek, jus oren, kopi dan teh. Beliau juga berpuas hati dengan bilik yang besar dan selesa. 


Haire yang menginap bersama keluarga gembira dengan ruangan hotel yang besar dan bercirikan konsep moden selain menerima layanan terbaik dari staff bertugas. 


9. Berjaya Hills HomeStay By SunNah Home

(RM152)

Berjaya Hills HomeStay By SunNah Home yang bertempat di Berjaya Hills, Bentong merupakan pilihan yang sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga jauh dari kebingitan dan kesibukan kota. Apa yang menerujakan adalah bbq pit disediakan di balkoni penginapan bagi anda yang ingin membuat jamuan bersama keluarga sambil menikmati kehijauan yang terbentang. Selain itu, anda turut disediakan dengan shuttle bus percuma dari Colmar Tropicale ke Japanese Village, Rabbit Park, Botanical Garden dan Golf Club mengikut jadual yang ditetapkan.


Untuk pengetahuan anda, Colmar Tropicale merupakan bangunan-bangunan yang dibina berinspirasikan Bandar Colmar di France selepas abad ke-16. Pastinya tempat yang unik dan menarik ini menjadi favourite ootd spot dan Insta-worthy moment untuk anda yang ingin bergambar seperti di luar negara. 

Berikut merupakan antara tarikan berhampiran yang dapat anda terokai dan nikmati;

  1. Animal Park Rabbit Farm (740m)
  2. Japanese villages (1.1km)
  3. Tropical Colmar (1.3km)
  4. Japanese Garden (3.2km)
  5. Riverside Janda Baik (6.9km)

Anda boleh menginap bersama keluarga di Apartment yang ditawarkan dengan harga serendah RM152 sahaja yang turut dilengkapi dengan bathtub. Lokasinya yang dikelilingi dengan kehijauan gunung-ganang pasti membuatkan anda tidak mahu terlepas pemandangan sewaktu matahari terbit dan terbenam.


Antara testimoni tetamu yang sukakan pemandangan dan penginapan yang menenangkan selain dapat menghirup udara segar. 


10. The Sterling Boutique Hotel, Melaka

(RM179)

Melaka merupakan antara destinasi percutian yang menjadi sasaran pengunjung dari dalam mahupun luar negara dek kerana tarikan bersejarahnya. Setelah membuat perancangan bercuti, sudah tentunya anda mahukan percutian yang smooth dan fun. Pasti anda tidak mahu tersekat dalam kesesakan trafik yang akhirnya memakan masa percutian anda dan merosakkan mood bercuti. Di The Sterling Boutique Hotel yang bertempat di Jalan Temenggong, Pusat Bandar Melaka, anda tidak perlu risau kerana ia terletak 0.1km sahaja dari pusat bandar di mana anda boleh memilih untuk menaiki kereta atau pun berjalan kaki untuk menikmati tarikan berhampiran.


Selain dari tarikan yang dinyatakan di bawah, anda juga boleh membeli-belah di Dataran Pahlawan Melaka Megamall yang terletak 690m sahaja dari hotel.

  1. Stadthuys (390m)
  2. Jonker Street Night Market (420m)
  3. Baba – Nyonya Heritage Museum (590m)
  4. Taming Sari Tower (760m)
  5. A’Famosa (Porto De Santiago) (960m)

Bagi anda yang bercuti bersama keluarga kecil, anda boleh menginap di Deluxe Double with Bathtub dengan harga RM179 yang turut menyediakan pemandangan bandar Melaka. Seorang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dapat menginap secara percuma.

Antara testimoni tetamu yang gembira dengan tarikan dan kemudahan terdekat seperti perkhidmatan bank yang memudahkan urusan pengeluaran tunai. 

Tak lengkap sekiranya anda menempah hotel dengan bathtub tanpa berendam dalam buih-buih yang mewangikan. Anda boleh dapatkan Bath Bombs, Bubble Potion dan Bath Salt untuk pengalaman mandian terapi yang menenangkan di website dan juga Shopee Qowiy.

Boleh follow Shopee Qowiy untuk menikmati voucher pembelian, https://shp.ee/btet9hx



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping