• RAMADAN RETREAT | Healing @ Qowiy Village TEKAN SINI
icon-search
icon-search

Kepentingan Me Time

Adakah anda selalu berasa penat, kekurangan motivasi atau prestasi kerja yang kian menurun? Mungkin anda perlukan Me Time! Apa itu Me Time? Me Time adalah masa yang diluangkan untuk bersantai sendirian mahupun bersama insan tersayang tanpa memikirkan bebanan tugasan lain. Dengan membenarkan diri anda bebas melakukan aktiviti yang anda gemari, ia dapat mengembalikan tenaga serta mengurangkan stres yang anda hadapi. 


Antara aktiviti yang boleh anda lakukan semasa Me Time adalah; membaca buku, mendaki bukit dan juga berendam bersama Bath Bomb. Misalnya, Qowiy menawarkan 16 pilihan Bath Bomb dengan pelbagai khasiat mengikut keperluan anda. Bath Bomb Chamomile dari Qowiy yang dirumus dengan Chamomile, Lavender dan juga Vitamin E sesuai untuk anda yang ingin menikmati mandian menenangkan serta meningkatkan kualiti tidur. Selain itu, Bath Bomb Onsen by Summer yang diformulasikan daripada buah orange, lemon dan peppermint juga sesuai untuk melegakan stres dan menyegarkan badan anda.

Penting untuk wujudkan keseimbangan antara masa kerja dan waktu rehat agar minda anda dapat berfungsi secara optimal. Hal ini akan membantu memperbaiki tahap tumpuan dan keupayaan anda menyelesaikan masalah sekaligus meningkatkan prestasi kerja. Selain itu, dengan meluangkan masa untuk Me Time, anda akan dapat bermuhasabah diri dan berfikir dengan lebih mendalam mengenai hidup anda. Misalnya, menetapkan semula matlamat, kepentingan dan nilai hidup yang tidak sempat anda fikirkan dalam kesibukan bekerja. Dengan itu, anda akan dapat set semula kepentingan yang ingin dicapai dan berusaha untuk melunaskannya. 

Membiarkan diri tertekan dalam jangka yang lama akan mendedahkan anda pada risiko penyakit yang berbahaya. Justeru itu, tidak salah untuk anda mengambil sedikit masa untuk Me Time kerana akhirnya ia akan memanfaatkan diri. Budaya kerja secara berlebihan yang dianggap hebat dalam kalangan masyarakat kini tidak harus dinormalisasikan. Berehat sebentar dari bekerja tidak akan membuat anda lemah. 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping