• Agent diperlukan di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Ipoh, Langkawi, Fraser Hill / Bukit Tinggi, Seremban / Port Dickson, Kuching, Miri, Kota Kinabalu. Info lanjut
  • Daftar Dropship. Pendaftaran adalah PERCUMA. Terhad kepada 100 orang sahaja! Daftar sekarang
icon-search
icon-search

Idea Berendam Di Rumah

Teringin nak berendam dekat rumah, tapi tak ada bathtub? 

Bila hujung minggu tiba, pastinya anda ingin beristirehat dan bersantai di rumah setelah penat bekerja. Salah satu cara untuk menenangkan diri adalah dengan berendam dalam bathtub. Tapi, macam mana kalau tak ada bathtub?

Jangan risau, Qowiy di sini nak bantu anda dapatkan istirehat yang diidamkan!


1. Foldable Bathtub

Selain dari menyewa kolam mandian, anda juga boleh dapatkan foldable bathtub yang mudah dipasang dan disimpan. Tak perlu risau kerana foldable bathtub ini boleh digunakan dalam bilik mandi bersaiz biasa. Apa yang penting, ia mudah digunakan sekaligus menjimatkan masa anda!


Qowiy menawarkan foldable bathtub dari 4 corak pilihan iaitu Whale Design, Smile Design, Pink Panther Design dan Sweet Dream Design. Setiap satu berharga RM99 sahaja untuk anda menikmati rendaman badan yang menenangkan. Dengan adanya foldable bathtub ini, anda boleh berendam bila bila masa sahaja dan boleh bawa sekali ketika bercuti!


Bosan berendam seorang diri? Jangan risau, anda boleh dapatkan Inflatable Swimming Pool dan berendam bersama anak-anak untuk cipta quality time yang diperlukan.


Dapatkan Foldable Bathtub dan Inflatable Swimming Pool di website, https://www.qowiy.com/collections/bath-tub dan Shopee Qowiy, https://shopee.com.my/qowiy.official

2. Kolam DIY

Tak semua orang memiliki kolam renang di rumah. Tapi sekiranya anda memiliki kawasan rumah dengan ruangan lapang, anda boleh wujudkan kolam DIY sendiri. Selain dapat menggunakan kawasan lapang dengan sebaik mungkin, anda juga dapat beriadah dengan gembira bersama keluarga. 


Ada dua cara untuk anda cipta kolam DIY di rumah. Samada anda inginkan kolam DIY yang memerlukan pertukangan atau pun yang boleh dipasang terus.

 

Kolam INTEX

Sekiranya anda ketandusan idea untuk cipta kolam DIY dan dalam kekangan bajet, jangan risau, anda boleh dapatkan kolam INTEX yang mudah dipasang dan boleh digunakan terus. Kolam INTEX boleh didapati di Shopee dan Lazada bermula saiz 2.2 meter sehingga 4.5 meter mengikut keluasan yang anda mahukan.


Proses Pembinaan Kolam DIY

1. Lakaran

Penting untuk anda lakarkan bagaimana bentuk dan keluasan kolam yang dimahukan sebagai panduan kelak. Selain itu, anda juga harus menyatakan lokasi piping, pump dan kedalaman serta saiz kolam yang anda idamkan.


2. Proses Galian Tanah

Berpandukan lakaran yang telah dibuat, letak penanda dengan kayu atau pun besi mengikut keluasan tanah yang bakal anda gali. Kalau nak lebih cepat siap, ajak ahli keluarga lain untuk sama-sama gali tanah. Lebih cepat siap, lebih cepat dapat bersuka ria kan?


Selepas siap gali tanah mengikut ketinggian dan kedalaman yang anda mahukan, mulakan proses memasukkan batu kerikil yang turut dikenali sebagai batu kasaran.


3. Base Konkrit dan Piping

Seterusnya, susun rangka besi menutupi batu kerikil yang diratakan mengikut saiz yang diperlukan sebelum menyambung proses konkrit. Batu-bata kemudiannya akan disusun di sekeliling kolam. Sebelum anda terlupa, sistem saluran paip untuk kemasukan air dan pengeluaran air di kolam renang perlu dipasang.


Proses memplaster simen di sekeliling kolam akan mula dilakukan setelah pemasangan bata siap. 


4. Proses Pengujian 

Lepas dah masukkan air ke dalam kolam, jangan terus berendam dulu! Sebelum itu, anda kena lakukan proses pengujian untuk check samada ada kebocoran atau kerosakan yang berlaku. Proses ini penting untuk anda terus perbaiki apa yang kurang. 


Bagi tujuan waterproof pada permukaan lantai konkrit, anda digalakkan menggunakan Sika Top Seal – 107 sebelum memulakan proses mengecat kolam. Sekiranya anda ingin menambah tarikan pada kolam renang yang dibina, gunakan cat epoxy waterproof mengikut warna yang anda mahukan. Tapi seeloknya, pilih warna yang mudah untuk anda kesan kekotoran pada kolam. Misalnya, warna biru muda. Bersih dan keringkan dahulu kawasan kolam sebelum mula mengecat. Pastikan tiada debu atau habuk untuk dapatkan kemasan yang cantik. Nak kemasan yang lagi cantik, buat 2 atau 3 lapisan cat.

Timba ilmu lanjut berkaitan kolam DIY di laman Facebook Kolam DIY Amatur Malaysia (KoDiYam) https://www.facebook.com/groups/1209358956145120/


3. Servis Sewa Pool

Perkhidmatan sewaan kolam mandian sudah menjadi satu aktiviti popular di Malaysia. Hal ini kerana, para pengguna dapat bersuka ria dalam tempoh masa yang ditawarkan tanpa perlu membeli kolam yang sebenar. Ada yang menyewa untuk birthday party dan juga sebagai aktiviti menyeronokkan di hujung minggu. 


Popkidspool

Popkidspool menawarkan perkhidmatan dan penjualan kolam mandian yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Selain daripada Kuala Lumpur, Popkidspool turut menyediakan perkhidmatan sewaan di sekitar Kedah, Pahang, Melaka, Penang & Kelantan


Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak ceria di rumah ketika hujung minggu, boleh dapatkan set kanak-kanak untuk sewaan selama 2 Hari 1 Malam. Bila anak-anak happy, pastinya ibu bapa turut ceria. Yang penting, anak-anak dapat luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan tidak hanya tertumpu pada gajet sahaja. 


Set Kanak-Kanak (Maximum weight – 40kg)

(RM400 – RM890)


Walaupun dah dewasa, pasti masih ada jiwa kanak-kanak dalam diri, betul kan? Anda boleh kembalikan memori childhood anda dengan menempah set dewasa yang mampu menampung berat sehingga 400kg. Wow! Hebat kan?


Sambil-sambil beriadah, anda juga boleh tambah Bubble Potion Qowiy, https://www.qowiy.com/collections/bubble-potion dalam kolam mandian untuk extra fun! Barulah seronok mandi bersama buih kepuk-kepuk yang wangi. 


Set Dewasa (Maximum weight – 400kg)

(RM550 – RM1500)


Dah tak sabar nak tempah pool? Klik link ini, https://www.popkidspool.com/pages/pool-rental-1.  



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping