• Agent diperlukan di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Ipoh, Langkawi, Fraser Hill / Bukit Tinggi, Seremban / Port Dickson, Kuching, Miri, Kota Kinabalu. Info lanjut
  • Nak jadi Dropship Qowiy Daftar sekarang
icon-search
icon-search

Bubble Potion - Rahsia untuk mandian buih yang banyak!

Pernah dengar tentang Bubble Potion? Atau ini kali pertama anda tahu tentang kewujudan Bubble Potion? Tapi tak mengapa, mari sama-sama kita rungkaikan Bubble Potion formulasi terbaru Qowiy ini!


Bubble Potion adalah sejenis pati buih yang dihasilkan dalam bentuk cecair pekat yang wangi. Ia dirumuskan untuk menghasilkan buih dalam jumlah yang besar serta memberi kesan kilauan yang pasti memukau pandangan anda. Oleh kerana itulah Bubble Potion turut dikenali dengan nama fairy water! Tapi jangan risau, debu-debu kilauan yang terhasil tidak akan mengotorkan bathtub dan juga kulit anda. 


Antara Bubble Potion yang dikeluarkan oleh Qowiy adalah;

Bubble Potion Fruit Punch

Campuran Pineapple + Banana ini pasti menjadi pilihan anda yang sukakan haruman buah-buahan yang tidak terlalu kuat dan juga seimbang. Bubble Potion Fruit Punch ini adalah antara best seller yang digemari ramai!


Bubble Potion Golden Mely

Chamomile sememangnya dikenali sebagai bunga berkhasiat yang mampu memberi kesan yang menenangkan melalui pelbagai cara penggunaannya. Oleh itu, haruman dari Chamomile + Lily ini sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan sambil menikmati “Me Time” yang sangat anda perlukan.


Bubble Potion Breezy Blue

Ingin berendam dalam air untuk menyegarkan badan yang lesu? Pastinya Bubble Potion Breezy Blue ini pilihan yang tepat untuk mandian terapi anda! Campuran English Pear & Freesia + Citronella (Serai) ini dirumus khas untuk memberi efek kesegaran bagi anda recharge semula tenaga!



Bubble Potion Candy Rose

Haruman Rose + Lollipop ini menghasilkan bau yang sweet & fun sekaligus menjadikan mandian anda terasa mewah dan romantik. Bubble Potion Candy Rose ini merupakan pilihan ramai sebagai hadiah honeymoon!


Bubble Potion Magical Green

Gemarkan haruman yang seimbang antara sweet dan fresh? Bubble Potion Magical Green yang dirumus dengan Apple + Lily ini akan membawa anda ke pengalaman fantasy yang tercipta daripada haruman yang terhasil! Pilihan yang sesuai untuk anda melarikan fikiran daripada segala kekusutan hari.

Bubble Potion Qowiy ini sesuai digunakan oleh setiap lapisan umur serta bebas dari SLS dan Paraben. Ia juga didatangkan dalam 3 saiz; mini (55ml), medium (110ml) dan juga big (270ml) yang bermula dari RM9.00 – RM29.00. Jom dapatkan Bubble Potion Qowiy ini untuk merasai pengalaman mandian terapi yang menyeronokkan!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping