icon-search
icon-search

Kebaikan Bath Salt

Setelah seharian bekerja dan menjalani aktiviti harian, anda pasti keletihan dan mengalami kelesuan badan. Berendam dengan air suam dan garam mandian ialah satu cara terbaik untuk pulihkan kembali kesegaran tubuh kita. Tahukah anda bahawa garam mandian atau bath salt mempunyai banyak kebaikan terhadap tubuh badan secara fizikal mahupun emosi. Antara kebaikan bath salt / garam mandian seperti meredakan sakit otot, menghilangkan tekanan dan juga membantu masalah insomnia selain melembabkan kulit. Jom kita lihat antara kebaikan lain yang ketara dari Bath Salt / Garam mandian:

1. Destress

Merendamkan badan ke dalam larutan bath salt dengan air suam boleh membantu untuk menenangkan sistem otot dalam tubuh sekaligus membantu untuk meredekan tekanan. Gabungan air suam dan bath salt sangat membantu untuk anda beret ketika stress atau cemas. Caranya anda hanya perlu melarutkan 2 scoop bath salt pilihan anda ke dalam air suam. Kacau sehingga ia larut sepenuhnya, sesuaikan suhu air mengikut keselesaan anda. Tempoh yang disarankan untuk berendam adalah sekitar 15 - 20 minit. Bath salt yang sesuai untuk meredakan tekanan adalah Qowiy Bath Salt Peppermint Lemon yang mengandungi aroma peppermint dan lemon, serta mengandungi menthol yang mampu untuk meredakan tekanan.

reduce-stress.png

2. Melembabkan kulit.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidap masalah kulit seperti psoriasis atau eczema dapat membaiki masalah kulit mereka dengan mandian air garam. Berendam dengan bath salt seminggu sekali selama 15 - 20 minit, dapat memberikan manfat kepada kulit seperti membaiki “skin barrier”, mengekalkan hidrasi kulit, mengurangkan keradangan. Mineral yang terdapat di dalam bath salt juga berfungsi untuk membersihkan kotoran serta mengimbangkan tahap kelembapan kulit. Qowiy bath salt juga mengandungi essential oil yang juga membantu untuk melembabkan kulit dan mengekalkan hidrasi pada kulit.

Different-Types-of-Mint-Essential-Oils-696x436.jpg

3. Membantu masalah insomnia.

Pasti ramai di kalangan anda yang mengalami masalah insomnia, atau kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Insomnia yang kronik mungkin akan berlarutan dan ia akan menjejaskan kesihatan anda. Mandi dengan bath salt dapat membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak. Kandungan bath salt yang tinggi magnesium dan mineral berfungsi dalam mendorong corak tidur yang lebih baik. Berendam selama 15 - 20 minit sebelum tidur dengan bath salt akan membantu anda untuk mendapatkan tidur malam yang lena. Bath salt yang disarankan untuk menggunakan bath salt yang mempunyai elemen ketenangan seperti Bath Salt Chamomile by Qowiy.

Bath Salt CL.jpeg

4. Meredakan kesakitan

Berendam dengan air suam yang ditambahkan dengan bath salt dapat membantu untuk meredakan kesakitan pada sendi dan otot. Garam terbukti sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kesihatan seperti eczema, psoriasis, dermatitis dan arthritis. Kandungan bath salt yang diperkaya dengan magnesium dapat membantu melegakan kekejangan otot. Mineral yang terlarut di dalam air mandian akan membantu meningkatkan peredaran darah yang dapat membantu untuk meredakan kesakitan.


5.Rawatan Alternatif

Tidak dinafikan bagi mereka yang mengalami masalah kerohanian, mungkin dari segi spiritual, tidak kira bangsa dan agama. Mandian garam sememangnya telah lama diamalkan sebagai rawatan alternatif sejak ribuan tahun yang lalu. Ini termasuklah salah satu ikhtiar untuk membantu si pesakit yang mengidap penyakit rohani. Ada yang digunakan untuk meditasi, rawatan ruqyah, Chakra Healing, dan pembersihan aura. 


Namun tak semua garam adalah sesuai untuk dijadikan mandian, jangan pula anda ambil garam kat dapur tu untuk dibuat mandi, lain jadinya nanti. Garam yang sesuai untuk terapi ialah Garam Epsom dan Garam Himalaya. Namun sukar untuk didapati di Malaysia, kalau ada tentu agak mahal. Lagi-lagi kalau yang ada fungsi aromatherapy.

Kami faham, akan masalah ini. Sebab itulah kami hasilkan sendiri bath salt yang mengandungi garam epsom dan garam himalaya. Yang bestnya, Bath Salt by Qowiy ni pun ada fungsi aromatherapy dengan pelbagai jenis aroma. Harga pun sangat berpatutan, bermula dari RM15.90 sepaket. Nak tahu aroma apa yang ada klik sini 



Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.