DIY BOOKING SLOT
DIY adalah suatu aktiviti khas yang disediakan hanya di HQ, Eco Majestic. Kelas DIY ini membolehkan anda membuat dan menghias produk wangian anda sendiri. Qowiy menyediakan 3 kelas DIY iaitu bath bomb, bath crumb dan scented candle. Ikut step di bawah untuk tempah slot anda.
Cara tempah slot DIY anda:
- Lihat semua menu Qowiy DIY sebelum anda tempah slot anda (rujuk gambar)
- Pilih tarikh, masa dan kelas yang anda mahukan dan add to cart pilihan tersebut. Kemudian, boleh proceed untuk checkout.
- Bayaran untuk kelas DIY dibuat setelah selesai slot DIY anda. Sebarang pembatalan dan penjadualan semula slot DIY, anda perlu hubungi 016-2024301.
- Penyertaan adalah terhad (maksimum 6 tempat disediakan) untuk setiap sesi bagi memastikan penjarakan sosial.
- Sila tepati masa dan ikut peruntukan masa yang dijadualkan iaitu 1 jam seorang. [45 minit (sesi DIY) + 15 minit (siap sedia bahan)]
Terma & Syarat
- Peserta yang menerima vaksinasi lengkap sahaja dibenarkan untuk menyertai kelas DIY.
- Pastikan anda memakai pelitup mulut dan hidung serta amalkan penjarakan sosial sepanjang sesi DIY berlangsung.
- Penyertaan adalah terhad iaitu hanya 6 tempat disediakan untuk setiap slot.
- Rm10 yang dikenakan untuk 'secure' slot anda dan RM10 itu akan ditukarkan sebagai voucher beli-belah di kedai kami.
- Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 24 jam sebelum hari kejadian. Kegagalan anda berbuat demikan, yuran yang dikenakan tidak akan dikembalikan.
- Semua bahan dan alatan akan disediakan dan akan digunakan pada sesi Qowiy DIY sahaja.
- Jika anda mempunyai simptom Covid19, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin supaya kami boleh membatalkan slot anda dan memproses bayaran balik serta merta.